ERMA FATIMAH : TIADA SEBAB UNTUK PERANG, BERMUSUH DENGAN MADU


Khabar Angin Bakal Bercerai, Erma Fatima Akui Masih Bergelar Isteri


Baru baru ini Erma Fatima melalui akaun Instagram beliau telah memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan dirinya gembira menyambut kedatangan hari raya Aidiladha disamping madu atau isteri baru suaminya, Aida Abdul. Ianya mendapat perhatian ramai.

Maklumlah sebelum ini pun ada cakap cakap mengatakan Erma Fatima tidak merestui pernikahan kedua suaminya ini dan tidak lama selepas itu ada pula ura ura mengatakan rumahtangga yang dibina sekian lama akan berakhir dengan penceraian.


Bercakap kepada Berita Harian mengulas tentang gambar baru itu, Erma Fatima mengakui beliau tidak ada sebab untuk bermusuh dengan madunya itu dan enggan mengambil pusing dengan persepsi orang luar terhadap dirinya.

“Tiada sebab untuk saya bermusuh dengan dia (Aida). Hidup di dunia ini pun sementara saja. Saya berkahwin dengan suami sudah 24 tahun. Andai dia pilih untuk kahwin lain, maknanya dia inginkan kebahagiaan. Saya pun nak tengok dia bahagia”



”Kalau cara itu (berkahwin lain) yang mampu saya buat untuk membahagiakan dia, saya reda. Poligami ini mungkin juga satu tugasan dari Tuhan untuk ajar saya jadi ikhlas. Dan ternyata saya sedang melalui ujian itu,“ kata Erma Fatima.

Menyifatkan madunya itu sebagai seorang yang baik, Erma Fatima turut mengakui yang mereka berdua dalam proses saling mengenal selain Aida sendiri sedang menyesuaikan diri.

“Kami berdua dalam proses kenal mengenal. Dia cuba menyesuaikan diri dengan keluarga yang baru. Ia bukan perkara mudah dan dia sanggup lakukannya. Itu juga bererti dia benar-benar cintakan suami saya. Dalam erti kata lain, hidup bermadu ini ujian hebat buat saya dan dia”

“Saya sendiri tak kejar bahagia tapi nak sangat mencari erti sebenar keikhlasan. Saya mahu ikhlas menerima dia sebagai adik demi kebahagiaan mereka,“ tambah Erma Fatima.


0 Response to "ERMA FATIMAH : TIADA SEBAB UNTUK PERANG, BERMUSUH DENGAN MADU"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...