Baru baru ini satu rakaman skrin perbualan antara Norman Hakim dan Abby Abadi telah mendapat perhatian ramai apabila ianya dimuatnaik sendiri oleh Abby Abadi yang menunjukkan bekas suaminya itu memberikan kata kata semangat penuh manis buatnya.
Memey Suhaiza, isteri kepada Norman Hakim berkata beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk berasa cemburu kerana suaminya sudah menunjukkan isi kandungan mesej berkenaan sebelum ia dihantar kepada Abby.
“Tiada sebab kenapa saya perlu berkecil hati dengan mesej berkenaan kerana ia lebih kepada kata-kata dorongan kepada Abby yang kini semua sedia maklum sedang dalam keadaan tertekan. Malah sebelum ia dihantar suami menunjukkan draf mesej itu kepada saya dan saya sendiri tidak melihat kesalahan atau perkara mencurigakan dalam pesanan tersebut,” ujarnya.
Memey Suhaiza turut menambah yang beliau tidak terkesan dengan komen peminat yang antara lain menyarankan supaya Abby Abadi & Norman Hakim berkahwin semula kerana sudah tahu perkara sebenar sebelum mesej itu dihantar.
“Tiada kesan pun kerana sebelum ini banyak lagi situasi lebih teruk daripada ini saya lalui — dalam keadaan sekarang kami adalah orang paling dekat dengan Abby dan sudah tentu saya dan suami sentiasa memberi sokongan kepadanya,“ tambah Memey Suhaiza lagi.
0 Response to "(7 GAMBAR) MEMEY SUHAIZA, TIDAK CEMBURU SUAMI BERMESEJ DENGAN ABBY ABADI"
Post a Comment