SHERRY IBRAHIM TAK KISAH JARAK USIA JAUH DENGAN KEKASIH !



Aktres jelita Sherry Ibrahim menyatakan perbezaan usia sebanyak tujuh tahu dengan kekasihnya yang juga aktor Fattah Amin, 24, bukanlah satu penghalang buat mereka untuk terus bercinta.

"Soal hati dan perasaan bukan boleh diukur dengan usia malah saya sendiri tidak pernah menjangkakan akan mengenali lelaki yang jauh lebih muda.




"Saya selesa berkawan dengan Fattah kerana dia seorang yang matang membuatkan hati saya terbuka untuk menerimanya," katanya aktres berusia 31 tahun itu kepada mStar.

Dalam pada itu, pasangan yang mula mengenali ketika bersama-sama membintangi drama bersiri "Cinta Ibadah" itu berkata sekarang ini dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai hubungannya kerana masih baru.

"Sekiranya ada jodoh saya terima tetapi sebagai pihak wanita saya tidak boleh bercakap lanjut mengenai perkara itu memandangkan hubungan kami masih baru."






0 Response to "SHERRY IBRAHIM TAK KISAH JARAK USIA JAUH DENGAN KEKASIH !"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...