MILA KUNIS DAN ASHTON KUTCHER DAPAT PUTERI SULUNG




Pasangan pelakon Hollywood, Mila Kunis dan Ashton Kutcher kini bergelar ibu bapa kepada seorang bayi perempuan yang selamat dilahirkan pada Selasa.

Menurut laporan TMZ, aktres "Jupiter Ascending" dan tunangnya telah menyambut cahaya mata pertama yang sihat dan sangat gembira kerana semuanya berjalan lancar.

Kunis, 31, dan Kutcher, 36, telah menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2011 dan mengikat tali pertunangan pada Februari lalu.

Pasangan ini mengesahkan berita kehamilan mereka pada Mac lalu dan merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka secepat mungkin.

Kunis dan Kutcher pernah bergandingan dalam siri komedi televisyen "That '70s Show" sebelum ini.


0 Response to "MILA KUNIS DAN ASHTON KUTCHER DAPAT PUTERI SULUNG"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...