KESAN " DIMANJAKAN " DENGAN SUBSIDI




Inilah kesannya jika rakyat dimanja dengan subsidi. Asal naik harga minyak, rakyat keseluruhan akan meluah bantahan kenaikan tersebut. Rakyat marhen sudah mengimaginasikan harga barang keperluan pun turut sama naik.

Bukan tidak pernah berlaku. Contohnya belum lama dulu harga minyak naik, ada sesetengah barang pun naik mendadak. Kerajaan cuba menguatkuasa agar barang tidak naik ketika itu, cuma seminggu sahaja harga barang bertahan bila penguatkuasaan dilakukan terhadap peniaga-peniaga. Malangnya hanya seminggu penguatkuasa turun padang. Akhirnya kenaikan tidak dapat dielakkan.

Memang niat kerajaan adalah murni untuk membantu golongan sasar menikmati subsidi lebih adil, tetapi golongan sasar juga yang akan terbeban apabila timbulnya kesan sampingan dari kenaikan harga minyak. Disebabkan inilah rakyat marhen bersuara membantah kenaikan harga minyak dan disebabkan manja dengan subsidi, rakyat bersuara membantah kenaikan harga minyak.


0 Response to "KESAN " DIMANJAKAN " DENGAN SUBSIDI"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...