LPF MASIH MENELITI FILEM " DRACULA UNTOLD "



Lembaga Penapisan Filem (LPF) kini masih dalam proses mengkaji dan meneliti filem pengembaraan "Dracula Untold" yang sedang ditayangkan di pawagam selepas didakwa mempunyai unsur menghina agama Islam.

"Lembaga dalam LPF masih berbincang mengenai tindakan yang bakal kita ambil terhadap filem berkenaan.

"Setakat ini, kita masih belum memutuskan sama ada akan menarik balik tayangan filem itu atau tidak," kata Ketua Pengarah LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid kepada Berita Harian.

Antara babak yang didakwa menghina Islam adalah babak perjanjian antara Sultan Turki dengan Putera Transylvania yang tertulis nama Allah.

Selain itu, watak Sultan Turki, Sultan Mehmed II digambarkan sebagai seorang pemimpin yang kejam kerana mengambil kanak-kanak sebagai bala tenteranya.

0 Response to "LPF MASIH MENELITI FILEM " DRACULA UNTOLD ""

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...