Walaupun Malaysia merupakan negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi, kaum lain masih bebas mengamalkan agama dan budaya masing-masing.
Tapi kebebasan ini tidak sepatutnya dibalas dengan sikap tak prihatin terhadap masyarakat beragama Islam yang ramai di negara ini.
Sebagai contoh apek dalam gambar di atas begitu selamba membawa daging babi di belakang motosikalnya dengan hanya ditutup sedikit dengan plastik, itu pun buat syarat tak nak bagi baju dia kotor agaknya.
Sedangkan bahagian tepi dan belakang daging babi, kelihatan terdedah dan terjuntai-juntai menanti masa untuk ‘menampar’ penunggang motosikal yang rapat dengan motosikal apek tersebut.
Difahamkan, gambar ini dirakam di Jalan Dato Keramat, Pulau Pinang.
Rasanya mustahil masih ada rakyat Malaysia yang tak maklum bahawa babi adalah binatang sensitif kepada penganut Islam.
Ia bukan sahaja haram dimakan malah tersentuh dengannya boleh menyusahkan kerana perlu disamak untuk menyucikan diri.
Kalau macam ini cara apek membawa babi, tak mustahil dengan mudah ia tersentuh orang lain terutama mereka yang memandu dan membonceng motosikal berhampiran.
0 Response to "APEK NI BAWA BABI, MACAM TINGGAL KAT CHINA BUKAN MALAYSIA!"
Post a Comment