Belum rajin. Umpamanya tidak rajin belajar. Kalau kita pergi universiti, 70% perempuan. Budak-budak jantan (lelaki) apa dia buat? Jadi mat rempit, itu aku kata tidak rajin. Walaupun mendapat tempat di institusi pengajian tinggi, kaum Melayu tidak manfaatkan masa sepenuhnya untuk belajar secara serius dan tidak membaca buku.
Begitu juga aku mengaku malu dengan kaum Cina, mengambil contoh dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Aku malu, budak-budak Cina belajar tiga bahasa tetapi bercakap Bahasa Inggeris lebih fasih daripada budak-budak Melayu.
Kita belajar dua bahasa, Bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi orang Melayu cakap cukuplah apa hendak belajar Bahasa Inggeris lagi. Sebab tu keputusan Putrajaya memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan dulu adalah tidak wajar.
Lebih mengecewakannya, kaum Melayu tidak bersikap jujur dan amanah serta terlalu mementingkan wang berbanding kaum Cina.
Berkenaan kejujuran, ikhlas dan amanah. Sekarang ini aku ada kedai roti, aku hendak terus terang, aku amat malu kerana di antara pekerja Melayu, Cina dan Myanmar atau mana-mana, pekerja Melayu kadang-kadang kalau tengok duit dia lupa, dia tidak jujur.
Dia nampak duit, kalau boleh sapu, dia sapu. Orang Cina tidak begini. Sikap orang Melayu yang tidak mahu membayar hutang walaupun berkemampuan. Berapa banyak orang Melayu bila berhutang, tidak bayar.
Dapat biasiswa tidak bayar balik. Bukan tidak ada duit tetapi tidak bayar. Kita kena amanah. Kita hendak beri kontrak, kita beri kepada Cina sebab kita tahu dia buat elok. Ini kelemahan kita, kita tidak amanah.
Aku mengkritik sikap orang Melayu ini kerana enggan menipu diri sendiri, sebaliknya belajar untuk berdepan dengan realiti. Aku tidak pernah hendak tipu diri. Kalau malas, aku kata malas. Kalau orang tidak suka, tidak sukalah.
Aku akui kita gagal mengubah kaum Melayu yang dianggap sebagai pemalas. Bagi aku, untuk kaum Melayu berjaya, mereka perlu menjadi lebih rajin dan tekun, serta mengubah cara bekerja. Kita kena kerja lebih tekun, lebih kuat dan lebih rajin.
Macam dulu diperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur kerana orang Jepun rajin bekerja, kita kenalah contohi sikap mereka, bukan sekadar minat baca manga dan tengok anime Jepun sahaja.
Lepas ni pasti ramai orang kondem aku cakap aku nak jatuhkan melayu la, asyik cakap pasal keburukan kaum melayu, takde pun nak ceritakan pasal pencapaian melayu, ada je yang tak kena, itu tak kena, ini tak kena, tau nak menjatuhkan orang melayu je, malah mempertikaikan kemelayuan aku itupun kalau kau melayu laa.
Pulak tu dahlah asyik cerita pasal kelemahan melayu pastu dok bangga sangat dengan kaum cina cakap diorang rajin la, bijak la, jujur la, amanah la. Memang sial kan Noob ni, nama ja melayu tapi asyik kondem kaum sendiri je. Apa melayu ni takde pencapaian yang hebat ka?
Kalau aku tulis pasal kelemahan, masalah dan sikap tipikal negatif orang melayu pasti ada je yang kondem aku balik, tapi bila Tun Mahathir yang cakap, ramai pakat sokong dan setuju, padahal Tun Mahathir tu bukan keturunan melayu yang asal pun.
Adakah Tun M je yang boleh kritik orang melayu, orang lain tak boleh?
Adakah Tun M je yang bila beliau kritik orang melayu maka kelihatan seperti penyelamat bangsa melayu, tapi bila orang melayu lain kritik orang melayu, mereka dilihat sebagai pemusnah dan penjatuh bangsa melayu?
Btw, semua artikel kat atas tu Tun Mahathir yang cakap, aku cuma tokok tambah sikit je kat hujung tu.
0 Response to "Melayu Patut Malu dengan kaum Cina Sebab Melayu Malas"
Post a Comment