Izara Aishah Digelar "Artis Murahan" Oleh Peminat



Hmm, kalau baca melalui statement Izara sebelum ini,
jejaka yang bernama Adib ni cuma kawan lama saja.

Tak ada apa-apa hubungan pun. Tetapi, sekeping foto yang mula
tersebar seolah-olah menidakkan jawapan Izara terhadap status hubungannya.
Difahamkan, foto itu tersebar apabila sebuah blog hiburan terkenal memuat naik foto tersebut.

Dek kerana itu, ada beberapa peminat Izara menggelarnya wanita murahan.
Hmm kenapa sampai begitu ya?



Kalau korang nak tahu, foto tersebut menunjukkan
Adib sedang memeluk pinggang Izara namun, tangannya dilihat terletak dibahagian pinggul.

Hmm, apa lagi, keyboard warriors pun pantas je membambu pasangan ni.



Ada yang mempersoalkan tindakan jejaka itu, ada yang menggelar
Izara dengan bermacam gelaran. Tapi, yang lucunya, ada juga yang mengaku Izara kekasih diorang tau! Hehe.

Kami pun masih tertanya-tanya status sebenar Izara dan Adib ni.
Nak kata kawan macam tak, nak kata bercinta dinafikan pula.

Apapun, kami tetap sokong karier lakonan Izara, cuma nasihat kami
janganlah sampai kontroversi memakan diri ye dik?

0 Response to "Izara Aishah Digelar "Artis Murahan" Oleh Peminat"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...