RITA RUDAINI TAK BERANI KELUAR RUMAH, LEPAS TERIMA UGUTAN BUNUH!



Dramatis popular Rita Rudaini telah membuat satu laporan polis selepas menerima ugutan bunuh daripada salah seorang pengikut bekas suaminya Mohd Aidil Zafuan Abd Razak di laman sosial sehingga membuatkan dia dan keluarga kini berada dalam ketakutan.

"Sebagai insan biasa dan ibu kepada Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, seharusnya saya cemas dan bimbang akan keselamatan nyawa kami sekeluarga," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Menurut Rita, dia tidak menyangka disebabkan tuntutan mutaah dan nafkah tertunggak, ada dikalangan peminat bekas suaminya itu sanggup mahu membunuh dia dan keluarga.

"Susahlah jika nak tuntut hak sendiri pun kena ugut macam-macam, saya serahkan kepada polis menyiasat perkara ini.

"Selain meminta Mohd Aidil Zafuan mengupah seseorang untuk membunuh saya, pemilik akaun itu juga dengan berani menawarkan diri untuk merancang pembunuhan saya."

0 Response to "RITA RUDAINI TAK BERANI KELUAR RUMAH, LEPAS TERIMA UGUTAN BUNUH!"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...