REMAJA 13 TAHUN, DITANGKAP KHALWAT DENGAN GADIS BERUMUR 20 TAHUN !




“Duit saya sudah habis, saya tidak dapat balik rumah sebab itu saya terpaksa tidur dengan kakak,” kata seorang remaja mengaku berusia 13 tahun yang ditangkap ketika sedang berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet.

Namun, remaja berkenaan menukar pula katanya dengan mengatakan gadis berusiah 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama selepas gagal menghubungi keluarga.

Pasangan tersebut antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat dijalankan Penguat Kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam sehinggah 5 pagi baru-baru ini.


Kesemua yang ditahan berusia antara 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesekasaan Jenayah Syariah 1997 yang membawa kepada hukuman denda dan penjara jika disabit kesalahan.

0 Response to "REMAJA 13 TAHUN, DITANGKAP KHALWAT DENGAN GADIS BERUMUR 20 TAHUN !"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...