PADAH MENGIKUTI KENALAN " WECHAT "


Hati - hati dengan kenalan WeChat.


Seorang gadis dari Baram Dirogol oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya melalui aplikasi pesanan " WeChat"

Mangsa bertindak berani mengatur pertemuan  dengan lelaki yang dikenalinya melalui WeChat. Kejadian dilaporkan berlaku dalam sebuah kereta di Jalan Astana, Kucing lebih kurang jam 11 malam tadi.

Suspek pada awalnya berjanji dengan mangsa  hanya untuk bersiar- siar di kawasan bandar, tetapi suspek telah membawa mangsa ke Jalan Astana kemudian bertindak membuka seluar lalu merogol mangsa di tempat  duduk belakang kereta.

Suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah sewa setelah melepaskan nafsunya.

Mangsa memberi tahu kejadian itu kepada rakannya, kemudian dibawa oleh rakannya untuk membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak.

0 Response to "PADAH MENGIKUTI KENALAN " WECHAT ""

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...