NUBHAN BAKAL KHAWIN DALAM " TEMPOH SETAHUN "



Penyanyi popular Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Haji Ahamad, 28, telah selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 25, di kediaman tunangnya di Seremban 2 semalam.

Dipetik daripada laporan Berita Harian, pasangan ini merancang untuk melangsungkan perkahwinan dalam tempoh setahun lagi kerana Afifah masih belum tamat pengajiannya.

"Kami rancang bernikah dalam tempoh setahun lagi. Ikutkan lagi cepat lagi elok tapi dalam masa yang sama dia (tunang) perlu melunaskan baki pengajian setahun lagi di Mesir.

"Dia bakal doktor gigi dan sepanjang tempoh kenal, kami memang melalui cinta jarak jauh," ujar Nubhan.

Mengakui ia satu tempoh yang sukar dan mencabar bercinta jarak jauh, bintang "Akademi Fantasia" musim keenam ini memberitahu panggilan video adalah cara mereka melepaskan rindu.




Nubhan dan Afifah selamat ditunangkan di Seremban 2 pada Isnin.

"Saya boleh jadi separuh gila kerana cinta jarak jauh ini. Tapi Alhamdulillah, ia semakin dipermudahkan. Selalunya menerusi panggilan video kami melepas rindu.

"Pada mulanya dia tak faham kerjaya seni saya. Ambil gambar dengan artis wanita pun dia pernah cemburu. Selalunya boleh jadi gaduh sebab perkara remeh.

"Tapi sekarang dia mula memahami. Selain itu dia cantik dan manja pada mata saya," katanya.

Pasangan ini telah menjalinkan hubungan cinta sejak enam tahun lalu dimana mereka berkenalan di Pulau Pangkor ketika Nubhan menjalani penggambaran manakala Afifah pula bercuti di situ.


0 Response to "NUBHAN BAKAL KHAWIN DALAM " TEMPOH SETAHUN ""

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...