MAS IDAYU DAN ANAKNYA, NAMPAK SEPERTI " ADIK BERADIK "




Mas Idayu yang terkenal dengan gelek dangdut, sebenarnya sudah mempunyai anak dara berusia 16 tahun bernama Nur Dayini Asyiqah.

" kalau nak tahu wajah saya masa dulu macam Dayini sebab wajahnya banyak ikut wajah saya. Mungkin sikapnya sahaja tidak sama seperti mak dia yang tegas ni," ujarnya.


"Sejak dulu kami hanya tinggal berdua. Dia memang tidak ada kawan, hanya kawan- kawan sekolah sahaja. Lagi pun saya memang mengawal dia. Jika di rumah, dia lebih suka menghadap komputer atau menonton televisyen."
"Setiap hari saya menghantar dan mengambil dia di sekolah. Pernah dulu saya bagu dia naik bas sekolah tetapi kasihan, sebab sampai rumah lambat tapi kena keluar awal. Jadi sejak itulah saya yang bertanggungjawab menjadi pemandu untuk menghantar dan mengambil dia dari sekolah, " tambah dua beranak ini yang menetap di Shah Alam, Selangor.

Mengenai jarak sekolah anaknya dari rumah, sebelum ini mereka menetap di Bukit Antarabangsa, jadi tiada masalah jarak ke sekolah, malah Mas Idayu terus mengekalkan anaknya di sekolah, di tengah ibu kota itu, kerana pada tahu hadapan anaknya bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kalau tukar sekolah baru pun, sudah pertengahan tahun, takut dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru pula, jadi setakat ini biarlah saya berkorban untuk anak.
Andai kata saya bertugas di luar daerah, dia akan tinggal dengan papanya di Damansara dan papanya akan hantar dia ke sekolah," katanya

Untuk info, anak Mas Idayu kini sedang belajar Piano dan dia juga berbakat dalam bidang nyanyian.



"Apapun, saya mahu dia tumpukan pada pelajaran dahulu. Saya tidak menghalang dan tidak menggalakkan. Biar dia buat keputusan sendiri" jelasnya.

0 Response to "MAS IDAYU DAN ANAKNYA, NAMPAK SEPERTI " ADIK BERADIK ""

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...