MARK ADAM BERANG, ISTERI DITENDANG PEROMPAK!



Penyanyi Mark Adam berang apabila isterinya, Nor Azah Redzuan, telah ditendang oleh perompak dalam satu kejadian curi kereta di Batu Caves, Gombak pada Khamis lalu.

Kata pemilik nama sebenar Fikri Mark Adam ini seperti dipetik daripada laporan mStar, dia tidak bersama isterinya ketika kejadian tersebut berlaku.

"Kejadian berlaku ketika isteri saya ingin pulang ke rumah kami di Batu Caves dimana sebuah kereta jenis Hilux telah melanggar kereta yang dipandu isteri iaitu Honda CRV dari arah belakang.

"Apabila isteri saya keluar kereta, terdapat tiga lelaki turut keluar dari Hilux tersebut dan salah seorang daripada mereka menendang isteri saya pada bahagian perut manakala seorang lagi terus membawa lari kereta kami.

"Rasa ralat dibuatnya kerana ketika itu saya tiada di sisi isteri," ujar penyanyi berusia 35 tahun ini.

Tambahnya lagi, kejadian tersebut telah membuatkan isteri trauma dan kerap mengadu sakit perut akibat kesan tendangan itu, malah Mark tidak membenarkannya memandu buat sementara waktu.



Mark dan isterinya telah membuat laporan polis di Balai Polis Selayang selepas kejadian tersebut dan salah seorang daripada perompak itu telah pun ditahan.

Penyanyi asal dari Filipina ini juga berharap kejadian yang menimpa isterinya akan dijadikan pengajaran buat orang ramai agar lebih berhati-hati di jalan raya.



0 Response to "MARK ADAM BERANG, ISTERI DITENDANG PEROMPAK!"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...