HUBUNGAN LIAM DAN MILEY KEKAL BAIK



Aktor Liam Hemsworth menegaskan perpisahannya dengan aktres dan penyanyi Miley Cyrus bukanlah seteruk yang disangkakan ramai.

"Tiada apa yang perlu dikatakan. Ia bukanlah satu perpisahan yang teruk," ujar aktor filem "The Hunger Games" ini seperti dipetik daripada majalah Nylon.

Pasangan ini dikatakan masih mengekalkan hubungan yang baik walaupun sudah putus tunang tahun lalu.

Hemsworth, 24, dan Cyrus, 21, mula berkenalan pada tahun 2009 di set penggambaran "The Last Song" dan mengikat tali pertunangan pada 2012.

Selepas berpisah, pasangan ini pernah dikhabarkan menjalin hubungan dengan orang lain walaupun tiada pengesahan dibuat.



0 Response to "HUBUNGAN LIAM DAN MILEY KEKAL BAIK"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...