ELEMEN TEMPATAN DALAM " SEVENTH "




Nama Ryon Lee bukanlah asing dalam industri filem tempatan kerana dia pernah menulis skrip untuk filem-filem seperti "Woohoo Big Day", "Great Day", "Nasi Lemak 2.0" dan terbaru sekali adalah "The Journey" yang berjaya memecah rekod pecah panggung filem tempatan.

Selepas mengarah filem pertamanya, "The Transcend", Lee kembali ke kerusi pengarah sekali lagi dengan filem seram "Seventh".

Menurut Lee, dia telah memasukkan elemen-elemen tempatan dalam filem terbarunya agar ia lebih istimewa. Antaranya adalah hantu susu iaitu sejenis hantu yang unik kepada Malaysia. Malah skor muzik filem ini telah dihasilkan di Malaysia dan lagu tema dalam Bahasa Melayu berjudul "Sayang-Sayang" telah direka khas untuk "Seventh".

Filem seram ini mengisahkan pasangan Cannon dan Mimi yang berusaha untuk mencari hantu bagi memenangi pertandingan fotografi bertemakan makhluk ghaib. Mereka telah pergi ke sebuah rumah terbiar dan bertemu Yi, cucu kepada penjaga rumah yang baru sahaja meninggal dunia. Ketiga-tiga mereka mula diganggu oleh makhluk halus dalam rumah tersebut.

Pelakon dari Taiwan, Gino, yang memegang watak Yi mengakui agar sukar untuk mengingati lagu "Sayang-Sayang" memandangkan dia tidak tahu berbahasa Melayu. Namun selepas berlatih selama tiga hari, dia berjaya melakukannya tanpa sebarang masalah.



"Seventh" bakal diriliskan di pawagam tempatan pada 16 Oktober akan datang.

0 Response to "ELEMEN TEMPATAN DALAM " SEVENTH ""

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...