Penyanyi rap, Kayda atau nama sebenarnya Wan Nur Khaleda mengakui adakalanya berasa rimas apabila sering dibayangi populariti ibunya iaitu ratu jazz terkenal, Datuk Sheila Majid, kerana mahukan kehadirannya dalam dunia seni dinilai menerusi bakat yang ada padanya.
"Fakta bahawa saya anak kepada Sheila memang tidak boleh diubah dan saya sebagai anak bangga dengan segala pencapaiannya selama ini.
"Namun pada satu tahap perasaan kecewa dan rimas itu timbul kerana kemunculan saya terus dikaitkan dengan latar belakang keluarga dan membandingkan saya dengan ibu.
"Tapi perasaan itu hanya bersifat sementara kerana ia sebenarnya lebih membuatkan saya bersemangat untuk membuktikan kebolehan diri supaya saya dapat keluar daripada terus dibayangi ibu saya," ujarnya seperti dipetik dari mStar.
Walaupun adakalanya rimas dikenali sebagai anak Datuk Sheila Majid,
Kayda bersyukur ibu bapanya banyak memberi nasihat berguna tentang dunia hiburan.
Penyanyi berusia 23 tahun ini turut bersyukur ibunya memberikannya kebebasan dalam menentukan karier muziknya yang dilihat lebih cenderung kepada muzik berentak rap dan hip hop, malah beruntung mendapat nasihat berguna tentang dunia hiburan daripada ibunya.
"Bukan sahaja ibu, bapa saya juga banyak memberi galakan untuk terus fokus dalam memastikan kerjaya yang saya pilih ini mampu bertahan lama.
"Mereka juga menghormati pilihan saya dengan tidak mencampuri urusan kerjaya saya tetapi tidak lokek memberikan nasihat dan ilmu supaya saya sentiasa berada di landasan betul," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Kayda telah melancarkan dua lagu duetnya bersama Hunny Madu iaitu "Go Hard or Gostan" dan "Gucci Dowh" secara digital di pejabat Warner Music Malaysia baru-baru ini.
Bercerita tentang kerjasama mereka, Kayda memberitahu mereka sudah mengenali antara satu sama lain semenjak dia berusia 14 tahun dan kolaborasi tersebut bagaikan mimpi menjadi kenyataan.
"Tahun lalu idea untuk bekerjasama bagi menghasilkan muzik bersama-sama timbul dan tanpa disedari kami banyak menghasilkan banyak lagu bersama termasuk single "Go Hard or Gostan".
"Setakat ini ada empat buah lagu yang kami tulis bersama malah berjaya menghasilkan sebuah 'mix tape' pada awal tahun ini tetapi hanya untuk pasaran indie sahaja," katanya.
Selain daripada mempunyai misi untuk meneruskan legasi penyanyi rap wanita ke tahap yang lebih tinggi, Kayda juga berharap dapat berduet dengan ibunya pada masa akan datang.
0 Response to "(2 GAMBAR) KAYDA RIMAS DIKENALI SEBAGAI ANAK SHEILA MAJID"
Post a Comment