(1 GAMBAR) RAJA AZMI: SAYA SUDAH TAWAR HATI, DENGAN PERKHAWINAN INI



Penerbit filem sensasi Raja Azmi mengakui dia sudah tawar hati dengan perkahwinannya dengan suami Mohd Eddie Ghazali yang kini seperti 'telur di hujung tanduk' apabila mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

Walaupun dilanda krisis rumah tangga, Raja Azmi Raja Sulaiman berkata, perkara tersebut tidak memberi kesan langsung kepadanya dalam menjalani rutin harian.

"Tidak, saya tidak rasa apa-apa. Jangan salah sangka, sebagai seorang yang pernah berkahwin saya tahu apa perasaan yang saya lalui sekarang.

"Mungkin hubungan kami masih baru, jadi orang kata hendak terlalu sedih itu tidaklah. Saya masih meneruskan urusan harian saya seperti biasa dan apa yang berlaku ini tidak memberi kesan kepada saya," katanya yang dipetik dari Utusan Online.

Tambah penerbit filem berusia 55 tahun itu lagi, dia sudah tawar hati dengan perkahwinannya.



"Tulus dari hati saya memang saya sudah tawar hati dengan perkahwinan ini. Mungkin ini nampak tidak sepatutnya berlaku, tetapi saya perlu menerangkan hal sebenar. Dalam hal sebegini tidak akan ada orang lain yang mampu membuat keputusan untuk diri saya, jadi saya yakin dengan apa yang sama mahu."

Dalam pada itu, Raja Azmi menegaskan bahawa apa yang dinyatakan ini adalah dari dirinya sendiri dan tidak mahu libatkan orang lain.

Sementara itu, penerbit filem "…..Dalam Botol" akui bahagia bersama suami, malah memberitahu suaminya juga seorang yang baik, cuma terdapat beberapa perkara yang memaksa dia membuat keputusan tersebut.

0 Response to "(1 GAMBAR) RAJA AZMI: SAYA SUDAH TAWAR HATI, DENGAN PERKHAWINAN INI"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...