"Sampai sekarang saya tidak tahu daripada mana datangnya gosip itu dan ia membuatkan saya cukup bengang.
"Tambah pula terdapat laporan di media yang membuat andaian kronologi mengenai 'keretakan' rumah tangga kami, ia sangat mengarut," katanya kepada mStar.
Menurut aktres berusia 41 tahun itu, gosip mengenai mereka menghadapi krisis dalam rumah tangga mungkin timbul apabila mereka tidak lagi dilihat muncul bersama dalam beberapa majlis hiburan.
"Kalau orang nampak saya seorang di mana-mana majlis, ertinya suami jaga anak di rumah, dan begitu juga jika ada yang melihat suami tidak berteman di majlis, bermakna saya pula menjaga anak-anak.
"Rasanya perkara seperti ini tidak perlu dibuat penjelasan kerana mana-mana ibu bapa yang tidak mempunyai pembantu rumah akan melakukan perkara sama seperti kami.
"Takkanlah setiap malam saya perlu memuat naik foto kami di Instagram untuk membuktikan kami masih tinggal sebumbung?."
0 Response to "Vanidah Imran berang dikatakan bakal bercerai"
Post a Comment