Dramatis popular Rita Rudaini telah mengesahkan bahawa dia telah membubarkan syarikat kosmetik RS Cosmetik And Health Care (RSCHC) yang ditubuhkan bersama rakan kongsinya Siti Saleha Idris kerana tidak mempunyai keserasian dalam menjalankan perniagaan.
"Dalam bidang perniagaan atau apa-apa sahaja kalau tiada keserasian memang tidak boleh buat apa-apa seperti dalam perkahwinan pun kalau tidak serasi tidak boleh kekal lama.
"Bagaimanapun selepas ini saya akan dapatkan nasihat daripada peguam saya dulu untuk lebih serisu menjalankan bidang perniagaan," katanya kepada mStar.
Pada masa sama, Rita memberitahu dia turut tidak membenarkan lagi pihak ejennya mengedar dan menjual produk keluaran syarikat itu berkuatkuasa pada Rabu.
"Syarikat itu sudah bubar, jadi sebarang produk yang dikeluarkan atau diedarkan daripada tarikh yang berkuat kuasa hari ini dengan menggunakan nama saya, saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang."
Dalam pada itu, pelakon berusia 38 tahun itu berkata, dia hanya ada dua produk sahaja iaitu rudainibeaute skincare dan luvmycoffe yang dikeluarkan di bawah syarikat milik keluarganya Bfabulousgalleria dan LMCC Empire Sdn Bhd.
0 Response to "Rita Rudaini sahkan bubar syarikat kosmetik RSCHC"
Post a Comment