DIDI ASTILLAH KINI TAMPIL LEBIH SEGAR DAN MATANG




Penyanyi dan pelakon Didi Astillah bukanlah nama baru dalam industri seni tempatan ini. Memulakan perjalanan seninya seawal usia 3 tahun, Didi pernah tampil dengan sebuah album bertajuk "Adik-Adik Mutiara" bersama kakaknya Bella Astillah dan mereka juga pernah memiliki 10 buah album sejak itu.

Bukan itu sahaja, Didi turut terlibat dalam banyak drama termasuklah membintangi dalam dua buah filem iaitu "Skrip 7707" (2009) dan "Damping Malam" (2010).



Baru-baru ini artis dibawah naungan Warner Music Malaysia ini telah tampil dengan album terbarunya yang lebih segar dan matang berjudul "Didi Astillah" yang mana album ini mendapat sentuhan komposer dan penulis lirik terkenal iaitu L.Y dan juga komposer dari Indonesia Posan Tobing.



* Baru-baru ini Didi sempat meluangkan masa untuk ditemubual bersama TUPAI untuk bercerita lanjut mengenai albumnya dan perkembangan terbarunya.

Assalamualaikum dan apa khabar Didi?
Waalaikumussalam, Alhamdulillah saya sihat sahaja dan khabar baik.

Jadi boleh cerita sedikit mengenai album "Didi Astillah"?
Album ini baru sahaja siap. Dalam album ini terdapat enam buah lagu dimana tiga lagu dicipta oleh Uncle L.Y dan tiga lagi dari Posan Tabing iaitu komposer dari Indonesia. Salah satu lagu dalam album ini iaitu "Fikirkan Kamu", video klip lagu ini baru sahaja dinaikkan di YouTube.


Kenapa lagu hasilkan video klip untuk lagu "Fikirkan Kamu" sahaja? Dan mengapa tidak mempromosi album itu sendiri?
Ini kerana lagu "Fikirkan Kamu" mendapat sambutan yang memberangsangkan jadi Didi mahu 'push' lagu itu terlebih dahulu supaya orang tahu itu lagu Didi. Jadi buat masa ini Didi dan pihak Warner Music sibuk mempromosikan single tersebut melalui media sosial seperti di Instagram dan Facebook.


Jika diikutkan Didi bukanlah nama baru dalam industri ini kerana Didi sudah lama bertapak di dalam industri seni dan banyak berlakon dalam drama dan juga filem, namun masih ramai yang belum mengenali Didi. Mengapa?
Memang dari dulu Didi dah aktif, dari umur tiga tahun lagi. Ketika itu Didi cuma buat lagu kanak-kanak seperti "Anak Kambing", "Tom Tom Bak" dan banyak lagi yang digunakan untuk budak-budak tadika. Didi akui memang banyak berlakon juga untuk drama dan filem tapi jika ditanya mengapa Didi tidak popular sejujurnya Didi tidak tahu mengapa. Mungkin belum ada rezeki lagi.



Siapa idola Didi dalam bidang nyanyian atau inspirasi Didi?
Kalau penyanyi tempatan, Didi paling minat Stacy. Bukan sebab dia orang Sabah macam Didi tetapi kerana suaranya yang sedap. Dia boleh menyanyi semua jenis genre lagu. Dia juga boleh menari sambil menyanyi. Klau artis antarabangsa pula Didi suka Agnes Monica, Cher Lloyd dan Ariana Grande.


Kalau diberi peluang untuk berduet, dengan artis manakah yang Didi ingin berduet?
Yang pasti bukan Stacy kerana kami dah pernah berduet waktu Didi di program "Kamilah Bintang". Mungkin Dato' Siti Nurhaliza tapi mungkin susah kerana genre muzik kami tidak sama. Tetapi Didi minat jika lagu Didi ada elemen-elemen rap dan hip hop sedikit. Kalau ada rezeki Didi teringin nak berduet dengan rapper di Malaysia seperti Joe Flizzow, SonaOne atau pun Altimet.


Didi masih muda dan baru sahaja habis sekolah, jadi Didi ada tak perancangan untuk menyambung pelajaran?
Ada, Didi memang cadang nak sambung belajar, tapi bukan tahun ini lah, mungkin tahun hadapan. Ini kerana tahun ini Didi nak beri serratus peratus tumpuan kepada karier nyanyi Didi. Jadi tahun depan baru Didi akan sambung belajar.



Okey, terima kasih sebab meluangkan masa dengan kami!
Terima kasih dan sama-sama!


Artikel Dipetik Daripada Sumber Tupai


0 Response to "DIDI ASTILLAH KINI TAMPIL LEBIH SEGAR DAN MATANG "

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...