Yana Samsudin nafi tidak berpuas hati

Aktres Yana Samsudin menafikan dakwaan sebuah blog hiburan yang mengatakan dia tidak berpuas hati dengan kemenangan Maya Karin sebagai Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) untuk filem "Sejoli" pada Anugerah Lawak Warna yang berlangsung baru-baru ini.






"Saya tidak pernah rasa kurang senang dengan kemenangan rakan-rakan artis lain pada setiap penganjuran majlis anugerah. Rezeki masing-masing kita tidak boleh jangka," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Kosmo!.

Tindakan Yana dikatakan menimbulkan spekulasi apabila dia menggunakan fungsi ulang tweet (retweet) semua mesej peminatnya yang berbaur tidak puas hati dengan pemilihan Maya.

"Saya sudah terbiasa dengan cara begitu. Lagipun, saya kerap menjawab soalan-soalan yang diajukan daripada peminat menerusi Twitter. Biasalah, peminat akan sedih jika artis kegemaran mereka kalah dalam sesebuah anugerah," katanya.

Kesal dengan tindakan penulis blog yang cuba memperbesarkan perkara tersebut, aktres filem "Adnan Sempit" ini menegaskan dia tidak berkecil hati langsung.

"Saya pun tidak faham kenapa penulis blog tersebut tidak memaparkan balasan tweet-tweet yang lain. Mungkin kerana adanya nama Maya Karin, terus isu ini diperbesarkan. Pada dasarnya, saya langsung tidak berkecil hati.

"Kalau atau menang, itu adat pertandingan. Lagipun, Anugerah Lawak Warna diadili oleh juri-juri profesional. Jika seseorang artis diiktiraf, makan dia memang benar-benar layak," tambahnya lagi.

Yana yang terkenal dengan watak komedi berharap agar dia dapat mencuba semua watak yang ditawarkan agar kelemahannya dapat diperbaiki.

Dalam perkembangan lain, Yana memberitahu dia kini memperlahankan aktiviti lakonan kerana sibuk dengan siri jelajah bersama Kopi Super.

0 Response to "Yana Samsudin nafi tidak berpuas hati"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...