Menurut Soo Wincci yang kini berada di Taiwan kerana menerbitkan album terbarunya berkata, walaupun dirinya Cina, namun tidak tidak pernah terpinggir untuk meraih publisiti daripada media Melayu.
"Pada pendapat saya ia merupakan perkara yang sangat tidak wajar malah seseorang itu perlu menjalinkan kerjasama yang baik dengan pihak media. Ini kerana pihak media sangat penting dalam usaha memberi promosi kepada seseorang artis.
"Bukan hanya menjaja cerita peribadi artis sahaja. Pada pendapat saya juga, gosip ataupun cerita peribadi seseorang artis itu merupakan bayaran jika seseorang itu ingin berada dalam bidang seni," katanya yang dipetik dari Kosmo!
Pada masa sama, Soo Wincci turut berkata, dia bersyukur kerana walaupun kini mengembangkan kariernya di Taiwan, namun dia berterima kasih dengan pihak media tempatan yang terus memberi sokongan kepadanya.
"Saya sangat bersyukur kerana kerjaya saya dihargai oleh peminat di China mahupun di Malaysia. Walaupun saya sedang membina karier di Taiwan, saya tidak pernah melupakan pihak yang selama ini banyak membantu mempromosikan kerjaya saya dalam bidang nyanyian.
"Saya akui pihak media merupakan orang penting dalam perjalanan karier saya. Jangan jadi seperi kacang lupakan kulit."
Dalam perkembangan lain, Soo Wincci memberitahu dia kini dalam rangka promosi untul album terbarunya berjudul "Wincci" yang akan memuatkan 10 buah lagu yang telah diriliskan awal September lalu.
Album yang mengangkat tema Pengubat Cinta ini akan turut mempunyai sebuah filem pendek yang akan menceritakan secara keseluruhan 10 buah lagu tersebut.
0 Response to "Soo Wincci: Tak wajar memperlekeh media Melayu"
Post a Comment