Korang dah tengok filem Saloma Biopic yang telahpun ditayangkan di saluran Astro First Ekslusif sejak minggu lepas? Wah, kami dengar ramai yang suka dengan filem arahan Melissa Saila ni.
Mana taknya, lakonan Nabila Huda sebagai Saloma betul-betul in character uols. Kami sendiri terpegun kerana Nabila berjaya membawakan watak Saloma dari muda hingga ke akhir hayat dengan baik.
Sejak ditayangkan 28 Ogos yang lalu, filem ini seringkali trending di laman sosial Twitter tau. Hmm, walaupun dah lebih seminggu ditayangkan, masih ramai yang dok bercakap tentang filem ini.
Daripada pemerhatian kami, filem ini berjaya memberikan gambaran terbaik mengenai biduanita lagenda itu, tetapi ternyata masih ada pihak yang tak berpuas hati. Bukan orang lain, tetapi waris kepada Biduanita Negara ini sendiri.
Menurut laporan Harian Metro, cucu kepada Saloma iaitu Arzanee Armalie mendakwa imej keluarganya tercalar dek kerana fakta cerita yang tak tepat mengenai satu babak yang ada didalamnya.
Katanya, filem itu seolah-olah memperbodohkan keturunan Saloma termasuk bapanya Armalie Arman Ramli apabila menayangkan watak tidak benar membabitkan penagih dadah. Hmmmmm.
Secara jujurnya, kami masih tertanya-tanya apakah yang tak betul dalam filem tersebut.
Iyalah, Melissa selaku pengarah merupakan anak saudara Saloma sendiri iaitu anak kepada kakaknya, Seniwati Mariani.
Kenapa ya agaknya? Takkanlah, kakak Saloma sendiri tidak menapis filem ini terlebih dahulu supaya tidak menampakkan apa-apa unsur negatif. Betul tak?
Apapun masalah yang timbul, kami harap Melissa dan Arzanee dapat menyelesaikan perkara ini. Namun, dari sudut pandang kami, filem ini tetap best dan ada class yang tersendiri.
Bagi yang belum berkesempatan untuk menonton Saloma Biopic, cepat-cepatlah langgan Astro First Ekslusif. Bagi yang sudah menonton, teruskan meyokong filem sebegini. Maklumlah, filem kita wajah kita. Tak gitu?
0 Response to "Saloma Biopic Di dakwa memalukan keturunan sendiri"
Post a Comment