Restoran yang menyajikan gabungan makanan klasik Jepun dengan citarasa barat ini diterajui oleh pengasasnya yang dikenali sebagai Nobu Matsuhisa.
Jenama Nobu sudah pun berkembang selama 20 tahun dan memiliki 28 buah restoran di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Australia, Eropah dan Timur Tengah serta tidak ketinggalan di benua Asia yang berlokasi di Hong Kong, Beijing, Manila dan Tokyo.
Restoran Nobu kini sudah pun mula beroperasi sejak 25 September lalu.
Suasana restoran yang eksklusif sesuai buat mereka yang inginkan privasi di kala
menjamu selera bersama pasangan mahupun keluarga.
Antara menu kebiasaan yang disediakan adalah sushi, sashimi, tempura dan kushiyaki. Namun, bagi mereka yang inginkan kelainan bolehlah untuk mencuba hidangan ikad kod Miso, tacos Nobu dan banyak lagi.
Nobu Tacos
Ikan Kod Nobu
Toro Tartar
Rock Shrimp Tempura
0 Response to "Restoran Nobu berlatarkan keindahan Kuala Lumpur"
Post a Comment