Lelaki Mengaku Imam Mahadi Di Tahan

Thursday, September 18, 2014
Lelaki Mengaku Imam Mahadi Di Tahan | Seorang lelaki berusia 53 tahun dipercayai ketua ajaran sesat yang ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Kampung Batu Gajah, Isnin lalu dikatakan mendakwa dirinya sebagai Imam Mahadi dan Sultan Mahmud.

Lelaki Mengaku Imam Mahadi Di Tahan

Ketua Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani berkata, pendedahan itu dibuat bekas pengikutnya ketika siasatan dilakukan hasil beberapa laporan polis termasuk di Ampang, Selangor Isnin lalu.

Beliau berkata, bekas pengikut ajaran itu turut mengakui mereka perlu melafazkan kalimah syahadah yang membawa makna bercanggah dengan Islam selain berpuasa selama 44 hari bagi menyucikan diri.

Lelaki Mengaku Imam Mahadi Di Tahan

“Suspek dikenali sebagai Pak Engku atau Wak dalam kalangan pengikutnya didakwa mengaku sebagai Imam Mahadi dan Sultan Mahmud.

“Dia dipercayai memperkenalkan amalan puasa pemutih kepada pengikut bertujuan menyucikan diri selain dilarang memakan makanan berdarah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JAIM di Bukit Palah, Melaka, semalam.
- See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/09/lelaki-mengaku-imam-mahadi-di-tahan.html#.VBqrBJSSzoo

0 Response to "Lelaki Mengaku Imam Mahadi Di Tahan"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...