Kes tuntutan nafkah Rita Rudaini ditangguh







Perbicaraan kes tuntutan nafkah aktres jelita Rita Rudaini terhadap bekas suaminya Aidil Zafuan yang dijadualkan berlangsung semalam terpaksa ditangguhkan berikutan dua orang anak lelakinya demam panas.

Menurut laporan akhbar Berita Harian, perkara tersebut dimaklumkan Peguam Syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Rita pada prosiding di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man.

Dalam pada itu, peguam bekas isteri kepada pemain bola sepak itu juga memaklumkan perbicaraan semalam yang sepatutnya diadakan merupakan pengesahan avidafit keterangan Rita yang dibicarakan untuk kali pertama, namun ditangguhkan kerana Rita perlu membawa dua anaknya itu ke klinik.

Manakala peguam yang mewakili Aidil bersetuju dengan alasan peguam plantif dan memaklumkan anak guamnya juga tidak dapat hadir ke mahkamah kerana mewakili negara ke Sukan Asia Incheon 2014 di Korea Selatan.

0 Response to "Kes tuntutan nafkah Rita Rudaini ditangguh"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...