Jason Derulo sahkan perpisahan dengan Jordin Sparks





Penyanyi Jason Derulo telah mengesahkan dia sudah berpisah dengan kekasihnya, Jordin Sparks dalam satu temubual bersama KDWB baru-baru ini.

Dipetik daripada laporan Us Weekly, Derulo pada mulanya enggan bercerita tentang perpisahan tersebut, tetapi memberitahu semuanya baik antara mereka.

"Semuanya baik sahaja. Ia bukan satu situasi buruk," ujarnya.

Sementara itu satu sumber mengatakan pasangan ini sedih kerana terpaksa membuat keputusan tersebut. Hubungan mereka tidak berjalan lancar kerana sibuk dengan karier masing-masing.

Pasangan ini telah menjalinkan hubungan cinta sejak tiga tahun yang lalu. Derulo dan Sparks tidak pernah malu menunjukkan kasih sayang antara mereka kepada umum dan sering bercerita tentang hubungan mereka dalam temubual dan juga laman sosial.


0 Response to "Jason Derulo sahkan perpisahan dengan Jordin Sparks"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...