Festival Filem Eko Langkawi diadakan buat julung kali


Sempena dengan tema alam sekitar yang ditekankan dalam Festival Filem Eko Kuala Lumpur (KLEFF) pada kali ini, badan bukan kerajaan EcoKnignts dengan sukacitanya telah mengumumkan penganjuran pertama kali Festival Filem Eko Langkawi (LEFF) tidak lama lagi.





Festival filem berkenaan akan diadakan pada 11 dan 12 Oktober depan di 4 Points Sheraton, Langkawi dan beberapa filem istimewa berkisar alam sekitar bakal ditayangkan pada dua hari tersebut.

Antara filem-filem yang bakal ditayangkan adalah "The Island President", "Sand Wars", "Bag It", "The Whale", "My Carbon Footprint" dan banyak lagi.





Dalam pada itu, festival yang julung kali diadakan di Langkawi ini bakal memberi anugerah kepada filem-filem yang memartabatkan isu alam sekitar dan kepentingan dalam mengekalkannya demi generasi akan datang.

Acara pembukaan dan penutupan festival ini juga khabarnya bakal disertakan dengan majlis dialog bersama komuniti mengenai pembangunan lestari di Pulau Langkawi dan dimeriahkan lagi dengan perasmian oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir.

Bagi anda yang bakal bercuti ke Pulau Langkawi, bolehlah penuhi waktu terluang untuk berkunjung ke festival filem eko ini bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga.

Info dan maklumat lanjut mengenai LEFF 2014 ini boleh dilayari menerusi www.leff.my.

0 Response to "Festival Filem Eko Langkawi diadakan buat julung kali"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...