Ammar Alfian kesal boikot media tempatan

Pelakon Ammar Alfian mengakui dirinya menyesali perbuatan memulaukan pihak media selama beberapa tahun selepas mengugut untuk membunuh wartawan hiburan tempatan menerusi laman Facebooknya empat tahun lalu.





Ammar turut menyatakan bukan mudah untuk dirinya mendapatkan kembali kepercayaan pihak media akibat sikap pentingkan dirinya pada masa itu.

"Saya sedar tindakan memuat naik status di laman Facebook telah menyebabkan ramai pihak media marah dengan saya biarpun saya telah membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi ia memakan masa untuk hubungan itu kembali pulih.

"Empat tahun saya cuba untuk menjernihkan keadaan bagi mendapatkan kembali kepercayaan mereka dan Alhamdulillah hubungan itu semakin menampakkan tanda-tanda positif dan saya berharap ia akan berkekalan selepas ini," ujarnya seperti yang dipetik dari mStar.

Terdahulu, aktor drama "Tari Tirana" ini pernah menimbulkan kontroversi selepas menulis status berbaur ugutan selepas laporan pergaduhannaya dengan bekas kekasih aktres Puteri Sarah pada majlis tayangan perdana filem "Lu Pikirlah Sendiri The Movie" pada tahun 2010.

Aktor yang aktif sebagai model ini juga menegaskan pihak wartawan dan artis saling memerlukan, malahan perlu menjaga hubungan sebaik mungkin.

Dalam perkembangan lain, Ammar bakal berlakon di dalam sebuah filem berjudul "Langit Cinta" arahan pengarah hebat Osman Ali.


0 Response to "Ammar Alfian kesal boikot media tempatan"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...